Monday, December 20, 2010

fb dan kawan lama


... menjejak kawan-kawan lama, hijrah yg besar dlm jangkamasa yg lama, selepas 30 thn. ada juga ex-student, yg pasti perubahan fizikal yg ketara.
bagaimana pun dalam senarai kawan,  yg semakin bertambah. Jumlah manjangkau puluhan orang.
melihat fb kawan, biasanya ada yg menjangkau ratusan, malahan ribu orang.
Terfikir juga, dgn jumlah yg begitu ramai laratkah melayan atau menghubunginya atau bertanya khabar....Dalam begitu ramai, ada seorg kenalan yg agak berlainan, jumlah kawannya hanya 5 orang. Bukan tiada kawannya tetapi apa yg pasti 5 org tersebut ternyata kawan rapat dan adik beradiknya sahaja.
Istimewa dan ada kelainannya kenalan ini.
Selepas sebulan berlalu, meneroka fb kawan dan kenalan.. ternyata memeberikan kesedaran bahawa rupanya pelbagai kerenah manusia ini. Perkataan kesat, riak, angkuh dan pelbagai wajah dan rupa menghiasi fb masing-masing. siapalah kita untuk menegur kesemua perlakuan itu. Lantas terfikir, berundur adalah lebih baik dari meneruskan perlakuan yng menyumbang kepada dosa. Pepatah, berkawan biar beribu, bermusuh jangan sekali, apakah masih ada kebenarannya?
Lalu terfikir kembali.. 5 orang kenalan ada kebenarannya. Siapalah yang akan menyelamatkan, menyayangi diri sendiri andai di sekeliling dipenuhi oleh nafsu yang serakah.
Adalah lebih afdal. seorang demi seorang kawan, remove....saja...

No comments:

Post a Comment