hujan renyai- renyai. Pa Tangah Haji baru balik dari kebun, di hujung kampung jalan menuju pantai melewati sekolah menengah Saga-saga. Perjalanan ke kebun dalam 20 minit. di kebun ada teratak, tempat berteduh. Biasanya waktu hujung minggu, anak-anak tidak sekolah, Pa Tangah Haji akan membawa isterinya ke kebun. Ma Tangah cekap mengail. Memang itulah kepakaran Ma Tangah sejak zaman bujangnya lagi. Ma Tangah mengail di sungai, udang galah. tapi di kebun Ma Tangah hanya mengail ikan puyu. Orang kampung Ma Tangah memanggilnya karuk. Itupun Ma Tangah hanya mengail di parit yang luasnya kira-kira 3 depa.
" ada 70 pohon taibadak sudah bapa tanam di kebun", Pa Tangah Haji mengkhabarkan kepada menantunya yang baru sampai tiga hari yang lalu dari Baruit. "Atu kalau babuah inda abis kita makan, atu banih bapa bali, dalam dua tahun babuah lah tu" sambung Pa Tangah Haji. Ida, isteri anak sulung Pa Tangah Haji, faham betul dengan mertuanya, kalau bercakap suara Pa Tangah Haji memenuhi rumah. Jiran Pa Tangah Haji, satu-satunya adik lelaki nya, faham betul perangai abangnya. Suaranya dengan abangnya hampir sama, silap dengar orang fikir adiknya yang berbual panjang. Cuma suara adik Pa Tangah Haji tidak selantang suara Pa Tangah Haji.
"Dang, buatku aing kopi", minta Pa Tangah Haji kepada isterinya yang masih ada di dalam. Ma Tangah Haji tahu suaminya baru balik dari kebun. Itulah pekerjaan suaminya selepas bersara 5 tahun yang lalu.
Ida masih duduk di kerusi menghadap mertuanya. " Tinggi sudah taibadak atu pa?", tingkah Ida.
"Bapa tanam atu taibadak nangka", padah Pa Tangah Haji tanpa memperdulikan pertanyaan menantunya. Pa Tangah Haji menuang kopi yang baru di letakkan oleh isterinya yang kembali masuk ke dalam.
"Durian bapa di Baruit, bulan puasa atu lebat bunganya". Ida memujuk mertuanya untuk bercerita lagi. Ida satu-satunya menantu Pa Tangah Haji yang pandai bercerita. Berbeza dengan Ayu, walaupun telah beranak dua. Ayu tidak banyak cerita.
"Durian bapa inda jadi", kali ini pancingan Ida berbalas.
"Atu banih durian Uncle", tambahnya. Ida tahu, durian Uncle dekat garajnya berbuah dulu.
"Durian di Kucing, tebal isinya", Ida meyakinkan bapa mertuanya.
"Ani musim hujan ani nda dapat di taruh baja, sayang saja, hanyut tu", cerita Ida seakan tidak di layan oleh Pa Tangah Haji.
"Bapa bali di Beaufort", tambah Pa Tangah Haji. "Tapi nda dapat di taruh di luar", Pa Tangah Haji seakan mengingatkan dirinya. Ida merenung bapa mertuanya. Bapa mertuanya pernah di datangi oleh dua pupunya, Si Hassan pabila dua ekor kambing mati di kebun Pa Tangah Haji. Kelam kabut, kacau dan bingung juga Pa Tangah Haji dibuatnya ketika itu. Cerita Pa Tangah menembak kambing tersebar dengan cepatnya. Orang surau mendengar cerita itu. Pa Tangah Haji orang surau juga.
No comments:
Post a Comment